Friday, January 21, 2011

Bahasa saya sudah tonggang langgang...

Anak-anak murid saya 95%  adalah berbangsa cina dan selebihnya india.
Agak rindu melihat gadis2 bertudung, ucapan salam dari anak2 murid, sambutan maal hijrah atau maulidur rasul....
Masih setia di sini atas kepentingan perkhidmatan... Masih menanti untuk dilepaskan dari daerah ini.
Apapun, mungkin inilah  tempat terbaik yang diaturkan Allah untuk saya pada masa ini.
Tempat kerja yang penuh berkah, aman, makmur, kawan sekerja yang baik dan dapat beribadat tanpa halangan adalah sebahagian dari doa saya hadapan kaabah.
Saya sentiasa mengingatkan diri saya supaya sentiasa bersyukur dengan apa yang ada sekarang, inilah tempat yang terbaik itu,walaupun hati melonjak2 untuk kembali ke daerah sendiri.

huhuhuh...apa kaitan dengan tajuk di atas... 
Sebenarnya nak cerita .... saya rasa kemahiran berbahasa saya sudah jadi tonggang langgang. Paling kurang 6 jam sehari saya berada di sekolah , 5 hari seminggu atau selalu jugak 6 hari seminggu berurusan dengan pelajar2 ni. 
Dalam kelas , depa ni bukan paham kalau cakap macam biasa, kelas E,F,G,H,I  memang kena cakap ala-ala nyonya kat pasar ikan. Mesti mau cakap ada pusing2 sikit, baru puas hati objektif tercapai, kalau tak macam tu  masing2 ternganga2 macam tak faham, mintak kawan sebelah translate...contoh, 'Ini kerja mesti mau siap nanti balik rumah,saya mau tengok esok' atau  kalau subjek KH ' ini gambar mesti lukis tak payah pakai pembaris punya, sendiri tangan saja lukis ini macam". 
Memang sepatutnya bahasa merentas kurikulum, tapi  nak bagi  paham isi kandungan subjek pun penting jugak. 
diaorang ni duduk di kawasan pinggiran bandar yang kebanyakannya anak2 buruh, pekerja kilang , tukang kasut atau pemandu lori..Diaorang jarang bergaul dengan melayu, kawasan perumahan sini memang susah nak jumpa melayu, adalah terselit sorang dua je. Sekolah rendah pun kat SJKC (ada ramai budak india boleh cakap cina sebab depa sekolah kat SJKcina). Kat sekolah ni, yang dapat straight A berderet2, yang tak reti apa2 pun berderet2 gak.

Kadang2 tu sambil  mulut marah2,membebel , dalam hati terfikir, issshh   kenapa ayat aku cakap boleh jadi macam ni..lancar je keluar sendiri tanpa dirancang macam ayat tengah beli ikan.

Bila dah jadi rutin, hari2 bercakap macam itu, balik kampung  , bercakap dengan emak, ngan anak2 sedara pun sudah jadi tonggang langgang ,jadi tak betul punya.




 

2 comments:

alin said...

hehehehe..nak buat cmne..nak bagi paham kat dorg kan..kalo xpaham kan,nnti dorg kate pulak...huhuhu..semoga tabah menjadi seorang guru.. :)

nur said...

hehe.. kalau dengar aje cara cakap sure org ingat nyonya mana kan..
Jemput keALL IN ONE