Monday, October 22, 2012

apa khabar dunia blog.

Dah lama tak menulis blog.......hilang kata-kata seketika.

Monday, September 3, 2012

Wednesday, June 27, 2012

Saturday, April 21, 2012

Rumah Behrang 2020



Grill pintu rumah baru kat Behrang 2020. Pilihan dan sumbangan ayahanda tercinta........

Beriya2 lah kita ni fikir bentuk gril yg diminati, maklumlah pertamakali beli rumah, tengok2 tak balik kampung 3 minggu, bila balik  tetiba dah ada grill bunga ros....bila tanya kenapa pilih corak ni, adik dgn mak serentak cakap  " abah yang pilih !!!".

Tapi yang bestnya bila tanya berapa harga, diaorang cakap "tak payah, abah dah bayar". Best jugak....
"Bengkrap la abah macam tu."
" tak adanya abah bangkrap orang Felda kaya," kata adik.... ye kaya la sangat tu padahal dia yg suka sangat mengepaw abah dan mak..

Pokok kat depan pagar pun saya kehilangan hak untuk memilihnya.
Pemaju tanam pokok bunga tanjung. Kebanyakan jiran tukar kepada pokok buah2an spt mangga, delima, pokok nona dsb.

Pada saya ok je pokok bunga tanjung tu. Nak duduk rumah ni pun tah tahun bila,tah2 kena sewakan pada orang........
 tp pada hari pertama tengok rumah selepas dapat kunci mak saya dah curah racun kat si bunga tanjung. Pelan2 pokok tu mati.
Saya kata gantilah dengan pokok kari sebab saya suka ulam pucuk kari, tanam lah pokok limau purut, nanti senang nak masak ambil daunnya, tanam la pokok durian belanda.....semua cadangan saya kena tolak mentah2....
saya kata mak jangan beli lagi, nanti saya jalan2 tengok pokok apa yang sesuai nanti sya beli...... tapi kes yang sama berulang lagi, baru 2 minggu saya tak balik kampung sibuk hal sekolah, sebelum balik rumah mak,  singgah behrang dulu, tengok2 dah ada pokok doa tertanam. pokoknya dah besar juga, hari tu tanya kat nuseri  pokok yg tinggi dalam 2 meter lebih berharga  rm100 lebih sepokok.
Bila balik tanya mak, mak kata abah yang beli, mak pun tak tau dia pergi senyap2 je tiba2 balik dah bawak pokok....... konspirasi depa ni..



Ni dah 2 minggu tak balik,    rasanya nak angan2   kalaulah  balik  nanti     taraaaaaaa, abah dah buat wiring tambah plug, pasang lampu,  pasang kipas, abah dah bayarkan.... untung juga.......bestnyaa safe budget.......huhuhuuuuu TAK MUNGKIN mungkin.....