Minggu pertama 2011 dah tamat, masuk minggu ke2......permulaan yang agak lega dan lapang fikiran.....Ada masa untuk bersantai2 tengok tv , ada masa untuk berfikir dan muhasabah diri.
Tahun lepas dan tahun sebelumnya, pening dengan tugas macam-macam. Dah memang macam tu kat sekolah ni, depa kata penyapu baru mesti buat kerja lebih......
Masa tu tak cukup badan rasanya, mana nak set up bahan untuk kelas fizik form 5, form 4 lagi, KH teknikal form 3 pulak pegang kelas awal2 A,B,C dengan kelas hujung2 kelas F,G, peratus cemerlang dan peratus lulus di hujung jari anda.
PEKA paling kelamkabut bila pemantau PEKA nak datang, pemantau kerja kursus KH teknikal PMR pun nak datang time dekat2 nak sama..
Sebelum cuti akhir tahun ada jumpa PK cakap rasa nak pengsan pegang form3 dengan form5 sekali, kebetulan ramai pulak cikgu kh dan fizik masuk tahun ni. Lega....panitia fizik pun dah serah kat orang lain, happyyy tak yah balik lewat2 lagi mesyuarat kurikulum.
Tahun ni..... cuma fikir kelas fizik form4, KH pulak kelas A dan C je, setakat ni masih terkawal ,diaorang ni tak la hiperaktif sangat. Yang lain kelas moral, cuma perlu menggoreng lebih sikit.Kelab dan persatuanpun dah ada ramai penolong penasihat. Harap-harap kekal macam ni sampai akhir tahun.
Bila dah lapang fikiran ni rasa2 macam nak buat tusyen pun ada, rasa nak sambung belajar pun ada, rasa nak masuk kelas menjahit&memasak pun ada, rasa nak pergi gym petang2 pun ada.........tapi setakat ni belum ada yang terlaksana, sebabnya , balik sekolah, tetiba dah petang,tetiba dah malam,tetiba dah pagi semula. Cepat sangat masa berlalu.
No comments:
Post a Comment