Monday, July 6, 2009

Dunia pinjam-pinjaman.


Hari ini menerima berita yang sangat mengejutkan.


PAR sekolah ku kemalangan masa nak turun dari Cameron- Simpang Pulai.


satu sekolah dilanda kemurungan....Muda lagi awal 20an, belum sah jawatan pun. Dia tu sangat baik dan rajin (dan handsome jugak).Juga sangat berbudi bahasa.


Semua cikgu suka dia, nak mintak tolong apa2pun nak fotostate ke, rezo ke, faks ke apa2 pun tak banyak kerenah.. .


Dia konvoi motor ramai2 kelab apa tah....dia dok depan sekali jadi marshall group tu, pastu tah macam mana terbabas kot, tergeser dengan divider....

Tadi kami pi melawat dia ...

Masa kejadian tu kakinya kanannya putus....huhuhu.. pastu hilang kat gaung (kaki tu), lebih sejam baru jumpa....dia tersangkut kat divider....menitik air mata mendengarnya...divider tu kan bawahnya macam zink, so bila terseret macam potong la jugak.... nak sambung dah tak boleh sebab lututnya dah hancur, so kena potong atas lutut......


kaki yang satu lagi patah2......tak sanggup betul tengok kaki yang satu lagi tu berbesi-besi.... badan atasnya elok je langsung tak de calar2 ape-ape...
Lokasi yang tu orang kata memang selalu ada accident, apa tah nama tempatnya, dah lupa tadi ayah dia ada cakap, lupa sebab ngeri dan kasihan.
Cancel la keinginan aku nak pi cameron, fobia ....
Baru hari jumaat hari tu dia tolong aku cari cop pengetua yang tah kemana2 hilangnya, pastu tolong fotostatkan dokumen peka. Hari jumaat tu jugak dia round satu bilik guru mintak sumbangan beli hadiah untuk CC yang nak bertukar., harini pulak kami pakat2 kumpul sumbangan untuk dia......huhu ....huhuhu.
Aku doakan semoga dia sentiasa bersabar..Ramai orang sayang dia, tak putus2 orang melawat, orang JPN, PPD pun ada datang, sentiasa penuh je walaupun waktu melawat dah habis...
Macammana aagaknya dia nak kerja lepas ni, huhuhu agak2 makwe dia, nurse pelatih tu nak terima dia lagi tak...
Masa nak balik tu pesan kat dia supaya bersabar je dengan dugaan tuhan.....
Sesungguhnya dunia ni pinjam-pinjaman...hari ni kita sihat, tah2 bangun pagi esok dah kurang sesuatu, atau tak bangun langsung...insaf sikit dalam hati aku yang selalu mudah terlalai ni..

No comments: