
Apahal pulak aku pergi pejabat SUK ni.... bukan nak jumpa speaker, bukan nak tengok pokok sidang DUN, yang orang pakatan kata pokok demokrasi, orang umno kata pokok derhaka tu, tapi datang sini sebab ada kursus 'Topical workshop for SPM 2009'. Tapi aku jeling2 gak cari mana pokok tu tak tau yang mana satu.
huhuhu tak de tempat lain ke nak buat kursus, tak suka betul tempat ni...geram kat encik jaga tu..orang tanya elok2 mana dewan , jawab macam nak marah... "ooii cik abang ingat saya suka sangat ke nak datang sini "(cakap dalam hati je la....)

ada dua slot, sesi pertama motivasi.....best la jugak penceramahnya yang berkobar2 semangat Mr Michale Ng..

Pastu slot ke2, Mr Sunny Yee, penulis buku dan juga penulis ruang pendidikan kat The Star , cakap macam best tapi macam tak best sangat je...berapa kali terlelap2... ataupun sebab masa pendek dia nak kena cerita semua topik tu jadi macam perkara umum je yang dia cakap tu....
kalau jemput pemeriksa kertas ke, lagi best kot boleh cerita teknik2 menjawab periksa.
Dalam surat tulis habis pukul 5.30 tapi pukul 6 pun tak habis lagi, tak pe la aku dok ipoh jugak, apa ke halnya depa yang dari Teluk Intan lah, Kerian lah pukul berapa nak sampai rumah....dulupun masa mesyuarat postmortem kat JPN lewat gak, depa ni tak tau ke cikgu pukul 7 pagi dah pergi sekolah, pastu bukan dok je kat meja, turun naik ting kat 4 berapa kali, pastu suruh sambung kursus sampai lewat petang....
No comments:
Post a Comment