Sunday, June 7, 2009

Kereta Kena Pecah

Malam tadi semua tido lena sesangat sebab keletihan lepas kenduri doa selamat.
Subuh2 tu masa nak buang sampah lalu tepi kereta adik, nampak cerminnya terbuka, lupa la tu nak tutup, Wah, pagi-pagi dah dapat idea nak kutuk dia...
Masa nak masuk rumah semula tengok betul2, alamak!! ada kaca bertaburan,ni bukan terlupa tutup cermin ni tapi kena pecah.
Maka kecoh-kecoh la subuh tadi.....



Dalam kereta adik ni ada macam-macam , radio canggihlah, alat radio amateur lah, tah apa2 benda alat komunikasi. Tapi pemecah kereta tu tak ambil pun, dia cuma punggah ambik duit syilling je ,cermin mata hitam dan remote mp3 player .... tapi kerugian nak ganti cermin tu beratus-ratus.
Pemecah kereta tu bijak memecahkan kereta tanpa alam berbunyi dan cucu-cucu mak yang tidur sebelah dinding tu je tak terjaga, tapi tak bijak langsung nak ambik alat2 canggih yang mahal tu.




Tapak kaki pemecah kereta .



Macam-macam aksesori ditambah luar dan dalam kereta menarik minat pemecah kereta.

Kat kereta ni pun ada sikit kesan tangan pemecah kereta. Kalau pecah gak...huhuhu
Polis datang setakat ambil keterangan & gambar je...yea la depa bukan forensik nak check2 cap jari.




Si hijau yang paling berjasa dan disayangi ni dok jauh sekali dan paling dekat dengan jalanraya..nasib baik tak de apa2 ....

No comments: