Wednesday, March 4, 2009

Soalan interview..

To Bani n kengkawan PKPG... ni la soalan2 nya....
Nama siapa? mengajar dimana? asal mana? lahir dimana? dia tanya pulak kenapa lahir kat pahang, asal kat selangor?....pastu dia tanya siapa nama pengetua,dah berapa lama dia jadi pengetua kat sekolah tu....... yang tu mesti laa boleh jawab (sebab pengetua bagi cuti tanpa rekod pi interview hari ni, tak payah kurangkan cuti rehat...hehe...Ros,jangan jales tau!)...
pastu dia tanya subjek apa ajar kat sekolah....dia tanya Kemahiran Hidup Kemahiran Teknikal tu ada kaitan dengan fizik ke, cakap je ada walaupun yang sama tajuk elektrik je...
Pastu dia tanya apa tugas kat sekolah, bila cakap ketua panitia fizik, soalan lepas2 tu semua berkaitan dengan p&p fizik.... apa kaedah pengajaran yang selalu digunakan, apa kbkk yang paling selalu ada dalam pengajaran fizik, puas hati atau tak kemudahan fizikal makmal fizik, puas hati la ..sebenarnya puas hati ada microfon je tak payah terjerit-jerit.... apa yang cikgu buat untuk terapkan PIPP dalam pengajaran fizik, apa peranan cikgu dalam membantu mencapai wawasan 2020 dalam pengajaran.
dia soal lagi bagaimana mencapai matlamat KBSM dalam matapelajaran fizik, yang tu ada baca kat depan huraian sukatan pelajaran panjang le sikit dapat jawab..lagi dia tanya apa kementerian yang berkait rapat dengan fizik...jawab kementerian sains teknologi dan alam sekitar....betul ke tak itu jawapan yang dia nak,tah la.... dia tanya sapa menterinya...alamak! maaf tuan saya terlepas pandang...
last sekali dia tanya apa isu2 semasa dalam dan luar negara.. okey gak macam tu, terbuka kita nak cakap pasal apa..dalam negara cakap isu pelajar samseng,dah target dari rumah nak cakap pasal tu pun. Luar negara pulak cakap isu palestine,cakap sikit je tak reti nak hurai, macam tak puas hati je.....
pastu dia kata okey lah cikgu, sudah. terima kasih.. eh macam sekejap je..tak tau la penemuduga tu puas hati ke tak jawapan2 yang diberi, macam tak berapa nak tepat sangat,macam tak bijak sangat nak menghuraikan topik2 yang ditanya tu... berserah je la...

Semoga semuanya yang telah dan akan interview, lulus temuduga ni, penat tau jerih perit dah tua2 ni sambung belajar.... tak patut kalau kerana temuduga ni je kenaikan pangkat tertangguh... walhal letih kat sekolah macam2 kerja dah buat, tak mengeluh pun.

Ada kisah suspen sebelum p interview tu... malam tadi atas ingatan Ros baru perasan bukan kena bawa salinan kew.8 macam bebudak yang baru posting, tapi kena bawa salinan rekod perkhidmatan.... alamak, macam mana ni, dokumen tak cukup tak boleh masuk interview, sempat pi sekolah dulu tapi fikir macam2,macammana kalau tak de kat sekolah kena p ambik kat JPN, macam mana kalau kerani2 tu semua mc hari ni,macammana kalau mesin fotostate rosak ..huhu tak lena tidur......Pagi tu kat sekolah TQ sesangat pada kerani2 tu yang berusaha mengopy dan mengesahkan nya sebab masa tu dah menggeletar dan berdebar sangat, tak boleh buat apa....nasib baik depa beriya2 membantu... Lepas tu dari sekolah ke Poli, berdebar betul...siap langgar 2 lampu kuning yang bertukar merah padahal baru pukul 8.45...Jangan jadi macam saya tau...semak dulu semuanya awal2.. Pengiktirafan ijazah pun kena fotostate dan sahkan..ada calon tu kena halau balik sebab tak sahkan benda tu.....

No comments: