Wednesday, March 25, 2009

Mesyuarat PIBG


Semalam mesyuarat PIBG.......
Mesyuarat PIBG yang paling sempoi pernah aku temui sejak zaman praktikum lagi....
1. Tak payah jemput VIP or VVIP untuk rasmikan.
2. Tak payah hias dewan cantik-cantik, tak payah buat backdrop atau banner
3. Tak payah ada AJK mesyuarat PIBG, sehari atau pagi sebelum mesyuarat tak payah sibuk2 sana sini. cikgu-cikgu datang bawak badan je.
4. Tak payah sambut-sambut tetamu, suruh je pangawas jaga meja pendaftaran, pastu masuk le dewan dari mana-mana arah yang digemari.
5. Tak payah buat persembahan murid...nak tengok persembahan datang hari lain le...
6. Tak payah buat cabutan bertuah nak tarik ibu bapa datang.
7. Tak payah banyak2 usul, tak payah hentam sana hentam sini, tak de pertikai laporan kewangan atau kemana duit dibelanjakan.
8. Tak payah lama-lama, mula pukul 3, pukul 4.45 habis.
9. Huhuhu... tak payah ada jamuan, dapat air RO (Reverse Osmosis) kecik je .tak sedap pulak tu.......
tapi duit PIBG banyak tau.... ratus ratus ribu!

No comments: