Nombor apa la agaknya yang 91 dan 95 tu...ron95 macam kat Malaysia jugak ke?...
Ni on the way dari Mina dah nak dekat-dekat sampai tempat miqat di Jaaranah .
Mutawwif kata, kat sana air lebih berharga dari minyak . Kalau beli satu botol air mineral tu, harga yang sama kita dapat berliter-liter minyak....dia kata la, bukan saya kata. Saya teruja bila dia guna perkataan "berliter-liter" tu, macam banyak je...
Kat Madinah air yang dah kita digunakan untuk mandi dan sebagainya diproses semula dan digunakan untuk menyiram pokok-pokok. Dan kalau kita rosakkan pokok atau terlanggar pokok dendanya lebih mahal daripada langgar rumah orang. Pembiayaan nak menghidupkan dan menyiram pokok-pokok tu sangat tinggi. Ni pun mutawwif yang cerita,bukan saya kata , harap saya tak tersalah tafsir bahasa indonesia dia.
Nasi tiap kali time makan saya makan beberapa butir sahaje walaupun orang kata sedap, saya asyik minum,minum,minum dan minum....berat dah turun 5 kilo.....(huhuhu tak de sapa pun kat sekolah perasan berat saya sudah turun, betul ke tak penimbang ni....)


1 comment:
terima kasih kerana jadi follower.. mekah duk hotel mana?
Post a Comment