Cerita budak dua orang ni, Ain dan Abeb, anak kakak saya.
Satu hari si abang tah dapat idea dari mana, dia bancuh air oren kemudian masuk kan dalam peti ais kat bahagian sejuk beku.
Esoknya siap2 nak pergi sekolah, dia pun keluarkan air oren special dia yang telah keras.
Tetiba si Ain adik dia bising2 merungut2 dan marah2 abangnya nak bawa air tu ke sekolah.
Ain ni pengawas. Dia kata nanti cikgu marah.
Emak mereka tengok je ragam dua beradik ni tanpa masuk campur, tapi dia pelik juga kenapa sungguh-sungguh sangat si Ain tak bagi Abeb bawa air beku tu.
Agaknya dah penat marah si abang masih degil nak bawa juga air tu , Ain pun keluarkan buku pengawas dia tunjuk peraturan sekolah kat emaknya minta sokongan agar melarang si Abeb bawa minuman tu ......
Dalam buku tu tertulis "PELAJAR DILARANG MEMBAWA MINUMAN KERAS KE SEKOLAH".
emak mereka terkedu tak larat nak kata apa2.......

No comments:
Post a Comment