minggu peperiksaan betul-betul sebelum cuti, lepas tu markah nak betul2 minggu bukak sekolah. Cuti pun tak serupa cuti.
Sapa kata cikgu banyak cuti,orang lain ada cuti tahunan puluh-puluh hari, bila cuti boleh enjoy jiwa dan raga, kami ada 7 hari je, tupun kena simpan untuk masa-masa emergency.
Budak-budak kelas paling hujung ni, dapat soalan, tulis nama,depa pun tido.Langsung tak cuba nak baca soalan,apatah lagi nak pikir jawapan. Kalau dibentangkan jawapan kat depan pun belum tentu depa nak salin.
Sebenarnya ada jugak yang tak boleh membaca langsung...tapi depa dapat gak naik ke form4.Patutnya adakan la aliran vokasional kat semua sekolah , barulah tak membazir masa dan tenaga mereka dan kami juga.
Bila ngajor kelas ni betul-betul macam cakap ngan dinding. Dulu masa ngajar kat sekolah rendah, selalu cakap kat anak murid, "dengar ke tak cikgu cakap ni, ke saya bercakap dengan dinding". Tapi bila kat sini baru ku tahu dinding yang sebenar-benarnya dinding. Nasib baik ajar sivik je kat depa,2x seminggu, kalau masuk hari-hari mau sakit jiwa.
Berbalik kepada cerita musim peperiksaan tadi, olehkerana depa ni ramai yang tido, kalau dikejutkan pun nanti lagi banyak masalah disiplin timbul, maka saya pun ambil peluang menanda skrip jawapan budak, sambil jeling-jeling gak kat diaorang.
Tetiba, pengetua lalu...alamak,tak sempat nak cover.
Dia pun slow2 bisik,"cikgu, bila jaga periksa , jaga mereka betul2 jangan buat kerja lain sebab ada banyak kes meniru"...huhuhu, maka selepas itu saya pun tawaf la kelas ni depan ke belakang, belakang ke depan, jaga orang tido!
Kelas seterusnya, saya ikut cakap pengetua saya, saya tak bawa apa-apa kerja sambilan pun....jaga betul-betul macam jaga periksa SPM, pastu rasa macam mengganggu depa nak jawab periksa la pulak asyik jalan-jalan, bukan luas pun kelas tu.
Maka saya pun duduk. Bila dah duduk dibawah kipas yang nyaman tak buat apa-apa, mula la mengantuk..... tah berapa kali tersengguk-sengguk, rasa macam dah nak termimpi pun ada....
Nasib baik pengetua ronda sekali je, kalau dia ronda dua kali mesti kena lagi.....
No comments:
Post a Comment