Tuesday, October 13, 2009

Cerita panjang tentang kereta pertama saya yang tak lulus puspakom

Budak-budak zaman sekarang, belum kerja dah pakai kereta, saya dulu kerja kumpul duit baru la dapat beli kereta secondhand.
mula-mula putih

nak nampak baru,2006 cat hijau.


Ni kereta kesayangan saya, ... banyak dah diharunginya bersama dengan saya.kadang2 dia (ia) je yang tau rahsia saya, susah senang yang orang lain tak tahu....

walaupun buruk, saya memang bimbang kalau orang lain bawa..bukan senang nak kumpul duit beli kereta,kalau tak de susahnya hidup saya. Masa tinggal kat parking bawah apartment kat Shah Alam, tak lena tidur kalau saya intai dari atas ada orang lepak-lepak dekat2 dengan kereta ni, takut hilang, lagi geram kalau depa lepak sambil merokok , risau terbakar kereta, mana nak cari ganti.


Tahun 2000 beli kereta ni, bawak 60km/jam je paling laju ...tak tau la apa perasaan orang lain yang ikut belakangnya masa kat jalan Kuala Selangor-Sg Buluh yang bengkang bengkok tu, nak potong tak boleh..masatu mgajar kat Felda Bukit Cerakah, kalau nak ke Kelang, tinggal kereta kat masjid Meru, pastu naik bas je pergi Klang. Masa tu sewa rumah teres, makcik2 sebelah rumah suka ajak pi beli bunga kat Sg Buluh dengan kereta ni.


Masa ngajar kat Hulu Selangor pulak kalau bawak budak-budak pergi apa-apa pertandingan penuh 4 orang kalau tak tutup ekon tak larat naik bukit bukau ..maklumlah cc nya cuma 660 je, tapi budak2 suka walaupun naik kereta buruk, balik mesti singgah Tg Malim cikgu ni mesti belanja makan mee rebus ngan lai chi kang.


Masa sambung belajar kat Shah Alam pulak.......lagilah kereta ni banyak exersice ,turun naik bukit UiTM yang bukan calang2 curamnya tu.. paling syok kereta ni mampu bawak kami serumah yang semua sihat2 belaka ni pi shoping2 atau makan2. Ada sekali tu pi shopping kereta dah penuh 5 orang, beli rak kayu pulak, beli barang dapur,pastu depa nak beli beras lagi, saya cakap nanti lainkali lah beli beras, tak pe depa kata alang2 dah keluar ni....hihi, nasib baik selamat sampai rumah...

.

Dah posting kat Ipoh, nasib baik ada kereta buruk ni menemankan saya seorang diri dirantau orang di tengah masyarakat bukan melayu ni. Kalau kena mesyuarat atau kursus kat mana2, study googlemap dulu, pastu redah je kalau sesatpun, senang nak pusing2 dengan kereta comel lote ni.



tengok la, isi penuh RM30 kat ipoh,sampai Behrang Station banyak tu je guna minyak. tu buat saya bertambah sayang.

Kereta ni baik sebenarnya, dia tak pernah rosak teruk-teruk..ada la sikit2 dia mintak alat2 ganti kecik2 je dan kalau rosakpun tak pernah lagi masa saya sorang2, mesti rosak masa ada kawan kat sebelah atau masa orang lain bawak. Selalunya dia tau kalau dapat duit lebih, bonus ke, dana ke, mesti dia buat hal nak mintak duit sikit , kadang2 tu banyak.


Kereta yang dok angkut kawan-kawan, anak murid, jiran tetangga ni sebenarnya kereta potong dan sambung......huhuhu.
Tahun 2001 saya accident kat jalan Kuala Selangor - Teluk Intan, berhampiran Sekincan. Masa tu jalan dua lorong tu dalam pembinaan , lori pasir langgar saya dari belakang, depan lori tangki Petronas, tindakan spotan saya nak mengelak lori tangki tu , saya paut stering ke kanan, datang la pulak lori kecik bawa perabot dari arah depan...depan, belakang, kiri semuanya kemik, tempat duduk saya je ok.
Nasib baik semua kenderaan tu berada dalam keadaan perlahan sebab jalan dalam pembinaan, saya cedera sikit je kat kaki kena kaca, masih boleh lagi saya nak gaduh dengan pemandu lori pasir tu walaupun kereta memang teruk sampai mak saya tengok kereta tu dia macam nak pengsan .
Lama nak tunggu jawapan insuran, telefon banyak2 kali baru dilayan..mula2 depa kata total lost, pastu dua tiga minggu lepas tu dia kata tak total lost pulak, tu mesti depa dah berpakat dengan bengkel kereta.
Dipendekkan cerita maka saya menerimalah kereta yang telah siap direpair, lebih cantik dari yang asal...memang dah diberitahu kereta tu disambung, tapi masa tu kereta potong dan sambung ni tak la diheboh2kan sangat sebagai satu kesalahan besar, malah kadang tu ada sesetengah orang sengaja potong dan sambung kereta depa nak bagi cantik....tambahan pulak kami sekeluarga tak de pengalaman accident dan claim insuran sebelum ni. Setahun dua lepas tu barulah orang sibuk cerita pasal bahayanya kereta potong dan sambung ni. Nak buat macammana lagi, guna je lah kereta tu...



Keluarga risau tengok saya berulang alik tiap2 minggu dengan kereta buruk.
Dah beli kereta baru, saya masih suka bawa kereta ni , senang nak parking,senang nak merayau2...maklumlah 8 tahun pakai kereta kecik.
Kereta baru tinggal je kat kampung.
Sebenarnya bukan tak suka kereta baru tu, cuma perlahan-lahan nak mesrakan diri lambat sikit, lagipun sayang, nanti hari-hari terjemur kat sekolah pudar pulak cat metalik 2k tu....
Maka timbullah idea dari keluarga saya supaya kereta ni dijual dan beli kereta lain yang kecil, viva ke, myv ke... pembeli memang ramai yang berminat. Walaupun sedih nak berpisah dgn kereta ni saya turutkan juga.
Sebelum jual kena hantar check puspakom dulu......injin ok, yg lain semua ok, cuma potong dan sambung tu je masaalahnya......maka keputusan pemeriksaan puspakom macam yang dah dijangka-GAGAL.....tak jadi jual,
nak jual tanpa tukar nama apa2 hal payah pulak nanti, nak sedekah kat anak2 sedara, kesian dan bahaya la pulak tengok depa guna kereta sambung.
Maka kenalah saya simpan kereta ni sampai jadi besi buruk.......



5 comments:

Rosnizar Zakaria said...

Kereta itulah yang sentiasa menunggu sy di atas bukit tepi blok B FSG bila sy habis kelas or test kul 7 ke atas... Mmg bnyk jasanya kepada sy juga..huhu...

Dr Ridzwan Bakar said...

Salam cikgu,
Jika kereta tu zero hutang dan masih boleh pakai, maintain ajela. Saya ada jumpa kereta yg lebih kurang sama jalan ceritanya. Ianya sekarang digunakan untuk pergi balik Masjid dan buat kerja2 amal. Kereta cikgu tu dah ok utk tujuan kerja amal, warna pun dah warna hijau, memang matching.

Moga kereta yang cikgu sebut 'buruk'ini akan meninggalkan pahala besar buat bekalan di alam akhirat. Buruk tetapi bernilai tinggi di sisi Ilahi.

Salam sejahtera....... said...

Ros- kadang2 menyeramkan tau masa tunggu kat situ.

Dr - insyaallah.

Rosnizar Zakaria said...

Hehe...memang seram ms wktu senja...

Salam sejahtera....... said...

Ros, ingat peristiwa senja kat lereng bukit tu,kereta rosak masa nak ambik ida, hujan renyai2, ada kilat2....nasib baik ada pian penyelamat...tapi dia paksa kita ambik air kat toilet cempaka yang lampu tak nyala tu.