Ahad lepas tengah drive nak balik ipoh dalam hujan lebat, tetiba phone bunyi, nombor tak dikenali,bila angkat..."Helo, ni isteri cikgu XYZ (cikgu sekolah aku). Boleh bagi alamat tak? Ada hal sikit"....
Isshk apa hal pulak ni tetiba nak mintak alamat orang, aku bukan biasa sangat pun dengan suami dia tu. Memikirkan kot2 ada hal penting ke, kecemasan ke akupun usaha la berenti kat tepi jalan tu dengan ikhlas hatinya sms pada dia alamat rumah. Selalunya time mcm tu housemate ada kat rumah kalau dia nak datang.
Bila sampai ipoh, tak ada apa-apa atau sapa2 datang pun....keadaan macam biasa je.
Dua hari kemudian......senja , housemate tengah makan biskut kering, aku lak lepas sembhyg maghrib mula nak melelapkan mata sekejap supaya nanti tak ngantuk nak siapkan kerja, tetiba ada orang bagi salam....Dua orang perempuan, baya-baya aku atau muda sikit kot. Dia perkenalkan diri sebagai isteri cikgu XYZ tu la..
Cerita punya cerita rupanya dia nak jual barang,nak kata jual barang pun tak jugak, nak kata melabur pun tak jugak, nak kata skim cepat kaya pun tak juga, nak kata jualan langsung pun ....tak tau nak kata apa, ala yang kena bayar pada syarikat tu 20 ribu, pastu kita dapat barang, pastu kekonon tiap bulan kita dapat bonus ribu-ribu.... nama syarikat tu H#-# marketing.Barangnya baju dalam jenama B####f## yang ada infrared, berharga empat angka.Kalau kat selangor dulu barangnya penapis air.
Ala sebelum ni dah biasa dengar gak syarikat ni, tapi malas nak ambik tau.
Biasala orang yang terlibat dalam bidang tu, mesti la pandai cakap kan...kitaorg dengar je la walaupun dalam fikiran aku masa tu sibuk memikirkan cam ne depa suntik infrared dalam baju tu.Isssh....infrared tu kan sejenis gelombang cahaya, boleh basuh2 pulak gelombang ni..... Dia kata nanti dah lama sikit nanti, infrared dah kurang, boleh datang syarikat untuk suntik infrared kat baju tu...
Dia cerita punya cerita...pukul 10.30 tak balik lagi, aku esoknya dah la nak kena cerap ngan guru kanan sains. Kalau jurujual yang tak dikenali, bolehla jugak kata"oklah, sila balik kami tak berminat", ni kenal suami dia satu sekolah, takkan nak cakap macam tu.
Pastu dia mintak slip gaji, nak tengok layak ke tak buat pinjaman bank rakyat...nasib baik slip gaji 3 bulan aku ada orang ambik untuk urusan lain kat kampung. Maka housemate akupun tunjukla slip gaji dia...pastu diaorang keluarkan borang, pastu isi borang..... pastu belakang borang tu ada borang pinjaman bank rakyat, ada borang potongan Angkasa lagi..... dia siap isikan lagi macam pegawai bank lak.pastu siap pesan esok pagi2 cop n tandatangan pengetua, tengahhari dia datang ambik borang tu hantar kat bank rakyat.
Dalam hati aku, alamak betul ke housemate aku ni nak buat pinjaman bank RM 20,000 biasanya apa2 hal kecik pun dia mesti tanya mama dia dulu...aku tak terkata apa2 dengan asakan dan pujukan daripada mereka dua orang ni, mungkin jugak dia betul2 minat kot ...
Bila dia orang balik, akupun phone Ros, sebab dulu dengar2 macam kakak dia ada masuk.. fikir2 dalam hati macam tak ok je, tak la seindah macam yang dikatakan oleh tetamu kami tadi.pastu phone tanya nizam, diapun kata jangan la masuk, melainkan kalau awak tu memang berbakat dalam jualan dan betul2 boleh meluangkan masa baru lah untung bilion-billion macam yang diceritakan tu. ni dua2 orang serumah sama je tak pandai cakap.
Dua hari lepas itu...hari ni tadi la... housemate mengajar petang, jumpa kat sekolah dia cerita, kakak tu telefon beritahu pinjaman dia bank rakyat tak diluluskan RM20000 sebab dia belum cukup 6 bulan kerja, kalau pinjam RM10 ribu boleh la, mana cukup... kakak tu nak try tanyakan pinjaman kat Ambank pulak..
Akupun cepat-cepat suruh housemate aku yang muda remaja ni fikir balik..malam haritu dengan pujukan kakak 2 orang tu, dan tanpa tempoh bertenang dan berfikir dia terus isi borang, jadi bila bank tak luluskan pinjaman dia, maka sebenarnya ni la peluang dia pikir balik...sebenarnya bonus yang syarikat tu bagi tiap2 bulan tu , kalau kira interes bank ribu riban yang kita kena bayar pada bank lebih kurang macam tu jugak jumlahnya, bincang dulu ngan mama, fikir dulu.. dalam masa yang sama kakak2 dua orang tu akan memberi asakan dan pujukan lagi, kita kena keraskan hati la, dan tegas kalau tak nak la. tapi kalau nak sila lah join... ( sebenarnya tengah taip posting ni pun ada panggilan telefon dari mereka itu, suruh aku balik kampung ambik slip gaji.. pandai je nak paksa orang masuk,pandai je nak slip gaji orang, suka hati orang la nak ambik slip gaji bila,macam stail along la pulak paksa2 orang).
Malam ni, esok,lusa ,tak tau lah apa lagi usaha 2 mereka nak pujuk kami......
aku memang tak nak dan kalau mereka pujuk2 lagi mungkin menyebabkan darah aku naik, dan mungkin menyebab kan aku akan termarah mereka..
harap2 housemate yang lemah lembut tu dapat membuat keputusan dia sendiri mana yang baik untuk dia.
No comments:
Post a Comment