Friday, February 20, 2009

Ragam budak-budak


Pati-pati santan
Bebudak kelas aku 4K. 46 orang.Tak banyak kerenah, setakat ni senang nak jaga. Ajar fizikdepa.Seronok..rajin dan dengar kata.....9 daripadanya 9A masa PMR ari tu. Selalunya depa akan kekal kat sekolah ni sampai form 6, pastu baru masuk mana2 U.

Ni santan yang dah 8 kali diperah.
Ni kelas 3M. Ajar depa KH....tiap kali keluar dari kelas ni rasa macam nak isi borang pindah. Kalau depa duduk diam atau tido kat tempat depa tu pun dah kira alhamdulillah.Marah pun bazir tenaga je...Kena bodek2 sikit, ikut rentak depa baru depa nak dengar kata, atau salin nota sikit2..

Kelas 3 A....
Kalau kelas teori, salin nota atau buat latihan memang nak kena marah2 setiap 5 minit....Tapi bila mula projek kayu minggu ni, macam best pulak, depa buat sungguh-sungguh dengan penuh minat. Tak sangka betul..boleh rehat sikit, ada la gak sesekali depa gurau2 ngan tukul, gergaji tu..main-main saja je nak bagi cikgu menjerit, pastu depa gelak la...kalau panggil 'lengchai' (budak lelaki yang hensome) depa suka bukan main.

Note: Susunan kelas ikut K.L.E.D.A.N.G.... pastu dah ramai sangat tambah lagi kelas M. Bilamasuk kelas G, rasa nak gila, pastu masuk pulak kelas M, terus rasa nak mati...





1 comment:

Rosnizar Zakaria said...

Hehe...best jer tgk kelas santan dh perah 8x tu...aman damai.. Tido sokmo!